Roti Gulung Sardin


Roti Gulung Sardin - Sardine Roll


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Roti Gulung Sardin je uols. 😊. Nak siram pokok patutnya tapi nak keluar tak berani sebab ada seekor katak pisang dok tercongok tepi pasu. Tak pasal kalau dia melompat ala-ala atlet lompat jauh kang, mau terbang melayang semua pasu-pasu ni. Baik kita wait n see je. 😥. 

Versi updated 2 hari yang lalu. En. Husben berjaya mengalihkan katak itew dari kebun mini cheq. Alhamdulillah. Lega tau sebab dah jenuh kuis la acah-acah katak tu tetap ketegaq jugak dok kat situ selama 3 hari 2 malam. Ok. Mission accomplish. 😎.




Roti gulung sardin ni sebenarnya ada banyak versi. Ada yang intinya tidak dimasak terlebih dahulu. Ada juga yang jadikan sambal sardin kemudian baru digulung bersama roti sandwish. Versi kali ini kita jadikan sambal sardin dahulu, kemudian baru digulung dan digoreng hingga garing. Yumms 👍.





Roti Gulung Sardin berintikan sambal sardin.

Bahan-bahan:

Bahan (inti):
- 1 tin sardin saiz besar
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 senduk cili blendar
- 1/2 sudu besar pes asam jawa adabi
- 1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
- 4 biji cili padi - dipotong kecil
- sedikit garam dan gula

Cara-cara :

1. Blend bawang besar dan bawang putih hingga semuanya sebati.

2. Tumiskan bahan blendar tadi sehingga naik bau dan masukkan pula cili blendar @ pes cili. Masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan sardin yang sudah dibuang tulangnya terlebih dahulu bersama pes asam jawa.

4. Masak hingga semuanya sebati dan barulah diletakkan garam, gula atau bahan perisa. Sesuaikan rasa mengikut citarasa sendiri. Jika terlalu kering, letaklah sedikit air.

5. Apabila kuah sardin tadi hampir kering, masukkan cili padi dan bawang besar dihiris tadi. Kacau sebati.

6. Masak hingga sambal sardin menjadi kering. Sejukkan.

Bahan (salutan roti)

- 2 biji telur - dikacau hingga sebati
- 1 sudu besar mayonnaise ( optional )
- 1 sudu teh lada sulah ( optional )
- sedikit garam
- roti sandwish secukupnya - roti dilenyek dengan rolling pin
- breadcrumb secukupnya / nestum / panko breadcrumb / cornflakes hancur

Cara-cara :

1. Ambil roti yang sudah dilenyek tadi dan sapukan sedikit sambal sardin dihujung roti.

2. Gulung kemas-kemas. Buat hingga semua siap.

3. Celupkan roti ke dalam telur yang sudah dikocok tadi.

4. Celup sebentar sahaja dan angkat kemudian terus di letak ke dalam mangkuk berisi breadcrumb. Golek roti hingga semua roti disalut kemas. Buat hingga semuanya habis.

5. Panaskan minyak yang banyak. Kemudian, goreng roti tadi hingga garing keemasan. Toskan minyak. Siap.



#rotigulungsardin

Ulasan

Catatan Popular