Murtabak Megi
Murtabak Megi Thai
Assalamualaikum. Selamat bercuti 🌹. Kejap sungguh masa berlalu dan tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut tahun baru 2018. Semoga segala yang kita impikan akan tercapai. Amin.
Murtabak Megi ni sejenis makanan snek ringan pada asalnya. Tetapi memandangkan kita yang masak dan diolah ikut citarasa sendiri, maka menu ni agak heavy dan mengenyangkan. Kenapa namanya murtabak megi Thai? Sebabnya kita menggunakan megi Thai sebagai bahan utama berbanding orang lain yang menggunakan Maggi Mi. Tak berapa suka maggi mi tu sebab mi nya agak tebal dan lagipun misi utama adalah untuk menghabiskan stok megi Thai ni di rumah.
Megi Thai ni lah yang digunakan untuk membuat kerabu megi. Meginya agak nipis dan berperisa. Jadi bila makan tak terlalu kenyang. Sesuai lah untuk perut macam kita ni yang dok baget diet tapi nan hado 😆.
Murtabak Megi Thai diilham dari gugel.
Bahan-bahan:
- 2 paket Megi Thai (warna merah)
- 3 biji telur (saiz B)
- Isi ayam goreng secukupnya
- 1 ketul fishcake - digoreng terlebih dahulu
- 1 labu bawang besar - dipotong halus
- 1/2 batang lobak merah - dipotong halus
- beberapa batang daun bawang - dimayang halus
- 3 sudu besar sambal cili kering
- 1 sudu besar pes tomyam
- 4 ulas cili padi diracik halus (optional terpulang tahap kepedasan masing-masing)
- serbuk lada putih
- serbuk lada hitam ajinomoto
Cara-cara:
1. Pukul telur bersama serbuk lada putih dan serbuk lada hitam ajinomoto. Masukkan daun bawang yang dihiris halus tadi. Letakkan cuma 1 sudu besar sambal cili kering ke dalam telur. Ketepikan.
2. Panaskan periuk bersama sedikit air untuk mencelur megi supaya masak. Apabila megi sudah lembut, toskan airnya.
3. Ambil satu mangkuk, kemudian masukkan isi ayam goreng yang sudah disiat halus-halus dagingnya, fishcake, segala sayuran dan perisa bersama1 paket perisa Megi Thai. Gaul hingga semua sebati dan akhir sekali masukkan megi yang ditos tadi.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan campuran megi tadi dan ratakan hingga penuh permukaan kuali (optional terpulang nak buat murtabak sebesar mana).
5. Agak-agak bahagian sedikit garing, masukkan campuran telur tadi dan biarkan murtabak masak di bahagian bawah. Tutup kuali supaya bahagian atasnya juga masak. Terbalikkan murtabak dan tunggu hingga murtabak masak. Siap.
#murtabakmegi
Ulasan
Catat Ulasan