Spicy Fried Rice
Nasi Goreng Cili Padi - Spicy Fried Rice
Assalamualaikum. Salam Zohor 🌹. Kejap je dah hari Khamis. Rumah ni jarang dah masak nasi goreng. Tetiba teringin pulak nak makan nasi goreng cili padi. Kalau order dekat kedai, habis semua cili padi dia potong. Ku ingatkan kacang panjang, rupanye CILI PADI !!! . Segelen air dok tegur nak bagi hilang pedasnya.
Bahan-bahan:
- 15 batang cili padi hijau + 3 batang cili padi merah ( kes nak habiskan stok ) *
- 6 ulas bawang merah *
- 6 ulas bawang putih *
- Garam sikit
* tumbuk hingga hancur tapi tak perlu lumat sangat
- Nasi semalam (anggaran untuk 2 orang makan)
- Garam
- Ikan bilis goreng (segenggam)
- Segenggam kacang panjang - dipotong kecil
Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk menggunakan minyak ikan bilis.
2. Masukkan nasi, garam dan kacau sebati.
3. Letakkkan kacang panjang dan kacau lagi.
4. Perasakan dengan gula sikit atau stok ayam. Kacau dan siap.
5. Hidang dengan telur mata goyang dan tabur daun bawang.
#nasigorengcilipadi
Ulasan
Catat Ulasan