Nasi Goreng Daging
Nasi Goreng Daging - Beef Fried Rice
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Sebelah siangnya kita goreng cucur nasi. Sebelah malamnya kita buat nasi goreng daging pula. Ni semua gara-gara terlayan IG instastory yang dok lalu lalang depan mata. Salah satunya cara-cara membuat nasi goreng menggunakan daging cincang. Tapi kes kita ni, kita tumbuk dalam lesung batu je sebab malas nak guna blender. Kalau guna blendar rasa mungkin lagi sedap sebab nasi dah totally digaul bersama daging. Terpulang pada citarasa sendiri.
Bagi peminat daging, bolehlah mencuba resepi ni. Resepi asal takde diletakkan cili padi sebab untuk dikongsi makan bersama anak-anak. Kalau gengkan dengan cili kicap rasanya lagi umpph👍.
Resepi dari IG
Bahan-bahan:
- Nasi semalaman secukupnya
- 1 cawan daging - dikisar atau ditumbuk
- 2 biji telur
- garam, gula dan perisa
- sayur-sayuran ( optional : jagung, kacang pis, carrot )
- 1/2 labu bawang holland *
- 3 ulas bawang merah *
- 4 ulas bawang putih *
- 1 inci belacan *
- 6 biji cili padi *
- sejemput ikan bilis *
* semua bahan ini ditumbuk
Cara-cara:
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga sedikit garing dan wangi.
2. Masukkan pula daging kisar dan gaul sebati.
3. Apabila semua bahan sudah sebati, pecahkan telur dan biarkan telur masak sebentar tanpa dikacau. Apabila telur sudah masak, baru gaul semua bahan hingga sebati.
4. Kemudian masukkan semua sayuran jika mahu. Jika tidak, terus masukkan nasi. Kacau hingga semua sebati.
5. Letakkan garam, gula dan bahan perisa jika mahu. Taburkan daun bawang jika mahu. Gaul hingga semua mesra. Siap.
#nasigorengdaging
Ulasan
Catat Ulasan