Cucur Nasi


Cucur Nasi - Rice Fritters


Assalamualaikum. Selamat pagi seawal 3.19 pagi uols 🌹. Mata ni dah macam panda dah kot. Gigihkan diri menaip waktu ni sebabnya time ni lah nak sharing is caring segala resepi yang telah kita cuba. Cuma ini adalah post yang pertama di blog ini yang tidak di post di IG terlebih dahulu. Berbelit tak ayat? Faham-fahamkan je lah kalau orang menahan ngantuk disuruh buat karangan. Nasib baik dah lama tinggalkan zaman skolah. 
Kalau tak memang fail bm 😆.



Second time buat cucur menggunakan nasi. Sedap, lembut dan gebu. Cicah pulak dengan sos cili Thai memang terangkat habis. Masa mula-mula buat cucur nasi ni cucurnya tak berapa menjadi sebab terlebih air masa proses memblend nasi. Bila dah terlebih air, kene lebihkan tepung pula. Jadi cucur dah tak gebu sebab terlebih tepung. So, kali ni pandai dah. Masukkan dahulu nasi dan letakkan air sedikit demi sedikit untuk membolehkan blender menjalankan tugasnya 😃.




Resepi diolah dari pelbagai sumber.

Bahan-bahan:

- 1 cawan nasi semalaman
- air secukupnya (hanya untuk proses memblender sahaja)
- 1/2 biji bwng besar
- 3 ulas bwng putih
- segenggam ikan bilis kecil (saiz terpulang)
- 1/2 cawan udang geragau
- 1 cwn tepung gandum (jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung sedikit demi sedikit)
- 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
- 2 biji cili padi - dihiris halus (jika suka)
- Daun sup/bawang (di hiris halus)
- sedikit garam
- Minyak untuk mengoreng

Cara-cara:

1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar. Kisar semua bahan tadi hingga sebati. 

2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan campurkan bahan kisar tadi. Kemudian gaul sebati hingga menjadi adunan cucur biasa.

3. Campurkan semua bahan hirisan, garam dan gaul sebati. Tambahkan bahan perisa jika suka.

4. Panaskan minyak. Buat jemput-jemput dengan tangan untuk mendapatkan bentuk bulat dan goreng adunan cucur hingga masak.

Ulasan

  1. saya dah cuba resepi cucr nasi awaaakk.. serius sedaaaaaappp!! thanks ya kongsi resepi sedap ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular