Karipap Kentang Daging


Karipap Kentang Daging


Assalamualaikum. Selamat bercuti semua. Masa hujung tahun ni lah semua tempat terutama di Penang sesak dengan orang dan kereta. Disebabkan itu, kita memilih untuk bersiar-siar di teratak kami je. No traffic jam, no stress dan parking available 24/7 😆. Layan movie pon best sebab cerita best dan menarik 24/7. Dah macam cinema dah rumah ni. Anak-anak layan kartun dia. Ibu dia movie tanpa henti 😄.




Mesti korang tertanyakan apa la benda hitam atas karipap tu 😆. Kalau nak tahu, kita buat karipap bakar yang ditabur parsley kering. Yes! Dibakar dalam oven bukan digoreng. Kenapa bakar? Kenapa tak goreng? Sedap ke? Ha..jawapannya ialah sedap sebab inti dia sedap 😊. Adunan tepung salah ukuran jadi bila masukkan inti, kulitnya pecah. Memandangkan tak nak membazir, kita bakar je. Lagipun kulit karipap tu memang dah ada minyak dan marjerin dalamnya. Memang berlemak-lemak lah kalau digoreng. Kalau goreng pon, sure rupanya tak cantik dan maybe akan pecah dalam kuali. Tetap garing sebab bakar dalam 20 minit gitu.





Untuk kali ni kita share inti karipap kentang daging je lah dulu sebab intinya sedap. Boleh repeat lagi. Bab kulit karipap tu, kene try another experiment with new recipe pulak. Untuk resepi kulit karipap, boleh gunakan mana-mana resepi.





Resepi dari apapayahsangat.blogspot.my

Bahan-bahan inti:


- 1 kilo kentang (pakai dalam 6 biji kentang)
- 1 labu bawang besar (merah)
- 3 ulas bawang putih
- Daging dicincang (sukatan terpulang)
- Serbuk kari (Baba’s color hijau)-2 packet kecik (digaul dengan sedikit air menjadi pes)

- 2 sudu besar cili blendar (optional)
- Serbuk perasa
- Sedikit garam, gula
- Daun kari ( dikisar bersama daging tadi)

- air secukupnya

Cara-cara buat inti

1. Tumiskan bawang yang sudah dikisar.


2. Bila dah naik bau, boleh masukkan serbuk kari
(Serbuk kari boleh dicampurkan dgn sedikit air dan sedikit cili jika mahu). Tumis sehingga pecah minyak.


3. Nampak dah sebati boleh masukkan daging. Kacau hingga sebati.

4. kemudian, masukkan kentang diikuti dengan air. 


5. Didihkan dan kacau sehingga kering. Letak bahan perisa, garam dan gula secukup rasa.


#karipapdaging




Ulasan

Catatan Popular