Yogurt Banana Bread
Roti Pisang Yogurt
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Lama betul pendam resepi roti pisang ni. Tak sangka sedap betul. Tak terlalu manis dan gebu. Part paling best ialah dibahagian atasnya yang sedikit crunchy dan penuh dengan coklat rice. Yumms.
Roti Pisang ini menggunakan yogurt asli dan hasilnya memang sangat ohsem. Tak rugi cuba. Rasa lebih kurang seperti kek pisang. Yang bezanya roti pisang sedikit kering dan tak terlalu manis seperti kek pisang. Kalau nak texture roti pisang yang lembap, simpan roti semalaman dan hasilnya dah menjadi ala-ala kek pisang.
Resepi dari IG rohahssan
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan @ 135 gram yogurt asli
- 1 cawan gula perang
- 2 biji telur (gred A)
- 1 cawan pisang emas ( terpulang jenis pisang ) - dilenyek @ diblend untuk texture halus
- 1/2 cawan coklat rice
- sedikit coklat rice untuk ditabur diatas adunan roti
Cara-cara:
1. Panaskan oven 180°C suhu atas bawah selama 20 minit.
2. Griskan acuan roti berukuran 7' x 4' dan alaskan dengan baking paper.
3. Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ayak bahan tersebut dan gaul rata.
4. Dalam mangkuk berlainan, satukan gula dan telur. Pukul dengan menggunakan handwisk hingga semua gula larut.
5. Kemudian, masukkan minyak jagung, pisang yang diblend dan yogurt asli. Gaul hingga semua sebati.
6. Masukkan adunan tepung dan coklat rice tadi ke dalam adunan pisang dan gaul hingga semua rata. Jangan overmix.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan, taburkan coklat rice dan bakar selama 40 minit @ sehingga masak ( cucuk ditengah roti menggunakan lidi dan semuanya bersih ).
8. Biarkan selama 15 minit selepas masak. Kemudian baru keluarkan roti dan sejukkan di atas wirerack. Siap.
#rotipisangyogurt
#yogurtbananabread
Ulasan
Catat Ulasan