Bread Fritters
Cucur Roti - Bread Fritters
Assalamualaikum. Salam Jumaat 🌹. First time buat cucur pakai roti. Lama dah simpan resepi ni. Ni baru dapat buat sebab roti asyik habis dok sapu kat sapuan coklat je 😆. Ni simpan roti sikit sebab nak la jugak rasa cucur roti tu.
Sedap jugak sebab tak padat macam pakai tepung. Yang bestnya tak serap minyak dengan jayanya. Cekodok @ cucur @ jemput-jemput yang paling light pernah rasa. Lepas satu makan, ngap lagi satu cucur roti ni. Memang tak sedar dah telan dekat 4 ketul dah 😆.
Makan pon nak berebut dengan anak la pulak. Next time ye nak ibu save roti lebih sikit kita buat lagi 😆.
Resepi dari mamaqaireen.com
Bahan-bahan:
- 5 keping roti putih (potong dadu)
- 2 biji bawang merah (potong dadu)
- 1 biji cili merah (potong dadu)
- 2 biji telur ayam
- 2 sudu besar tepung gandum ( ganti pakai tepung tepungserbaguna original )
- 2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus) - ( ganti kucai )
- Sedikit ikan bilis (ditumbuk) - ( ganti udang geragau )
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Sedikit air
Cara - cara:
1. Gaul kesemua badan sehingga sebati. Last sekali baru masukkan air. Masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula.
2. Panaskan minyak dan buat jemput-jemput bulat. Goreng dengan api sederhana sahaja sebab cucur cepat bertukar warna.
3. Terbalikkan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat. Siap.
#cucurroti
Ulasan
Catat Ulasan