Gulai Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas


Gulai Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas


Assalamualaikum. Selamat malam 🌹. Dah lama tak masak gulai cili padi. Resepi gulai masak lemak bersama nenas ni adalah makanan peranakan nyonya. Jika masakan ori negeri sembilan, belum pernah lagi udang digandingkan dengan nenas. Lazimnya bersama kacang buncis atau kacang panjang. Air sayur-sayuran itu membuatkan kuah masak lemak bertambah manis dan lebih sedap.




Selalu terlihat post dalam IG orang masak menggunakan udang harimau. Dalam hati teringin nak rasa tapi apakan daya harga udang, sotong atau seafood semakin lama semakin mahal. Nak jadikan cerita, terpergi ke pasar malam sewaktu pasar malam hampir tutup. Orang pun tak ramai dan penjual tu tiba-tiba offer 2 pinggan udang harimau bermacam saiz berharga RM35. Kalau udang biasa je dah RM44 sekilo. Tanpa fikir panjang, kita pun rembat lah dan udang-udangnya hampir semua berisi telur dan segar pula. Rezeki yang sememangnya turun dari langit. Alhamdulillah. Syukur 😊.




Resepi dari www.aziekitchen.com

Bahan bahan:

- 1 kg udang (terpulang jenis udang)
- 1 biji bawang besar (tumbuk lumat) *
- 6 biji cili padi *
- 1 inci kunyit hidup *
* ditumbuk halus

- 1 biji cili merah - hiris (tak letak)
- 2 batang serai - ketuk
- 1/2 biji nenas manis @ nenas sarawak
- Santan secukupnya (guna 1 paket santan sawit)
- 1 asam keping (jika belum cukup masam) - tak letak sebab nenas sedikit masam
- Gula
- Garam
- 2 helai daun kunyit - disimpul

Cara cara:

1. Tumbuk bawang besar, cili padi dan kunyit hidup. Masakkan santan dengan nenas (jika nenas muda dan agak masam, jika tidak masukkan selepas air mendidih) dan bahan kisar sehingga mendidih. Masukkan serai dan daun kunyit.

2. Masukkan udang, cili merah dan garam, gula secukupnya. Sesuaikan rasa. Angkat kerana jangan masak udang lama, nanti ia menjadi keras. Siap.



#gulailemakudangnenas





Ulasan

Catatan Popular