Kek Oren Blend


Blended Orange Cake


Assalamualaikum 🌹. #latepost di hari Khamis yang panas lit lit. Hari tu terbeli seplastik buah oren dan teringin pulak nak makan kek oren. Sebelum ni dah pernah buat kek lemon tapi tak dapat post dekat sini sebab lapo dan terus je makan time panas2. Tak dan nak sesi posing memposing atau photoshoot ni. Kalau makan kek suam-suam panas ni kerak keliling kek tu rasa rangup dan di dalamnya rasa lembut dan aroma limau yang menusuk hidung membuatkan sebijik kek habis pon tak terasa 😆.



Kali ni kita tahan sabo sikit. Rasa memang takleh tanding kek lemon yang lagi semerbak baunya. Tapi kek oren ni lagi mudah sebab semua bahan cecair terjunkan je dalam blender. Sonang kojo. Tekan suis on semua dah siap dah. Tinggal letakkan tepung dan bakar je.



Resepi dari Azlita Masam Manis.

* loyang 9 inci - kita buat setengah adunan dari resepi asal.

Bahan-bahan

- 1 biji buah limau - tambah 1 biji lagi parutan kulit orange
- 1 cawan minyak - guna minyak jagung
- 2 cawan gula halus - letak 1 1/2 cwn
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sb baking powder* ( diayak bersama )
- tambah 1 sudu besar orange sunquick

Cara-cara:

1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.

2. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.

3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.

4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. Siap.

P/S : Kek sebolehnya jangan dibakar pada suhu terlalu panas. Nanti kek pecah. Guna api bawah sahaja. Pembakaran pon jangan terlalu lama nanti kek jadi kering.





#blendedorangecake
#kekoren

Ulasan

Catatan Popular