Cucur Viral
Cucur Manis Viral - Cucur Kembung
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Happy holiday and happy kenduri kendara 😊. Kami sememangnya penunggu setia di rumah walaupun sebelah sana gendang gendut dengar lagu 'Selamat...Pengantin Baru..jeng jeng jeng'. Alang-alang nak mengubat rasa 'kesetiaan' dirumah, kita pon try buat lagi dan lagi cucur viral yang dah suam-suam kuku viralnya.
Alhamdulillah. Baru lepas buat. Kalau sebelum ni, mula-mula ok die nak membulat, baru je nak tersenyum tetiba terburai kau dalam lautan minyak tu. Tu belum lagi kira bentuk dah bulat, tetiba keluar pulak rup ekor berudu. Memang frust tahap menangkup dah kat dapo tu.
Guna resepi sama je macam resepi viral tu tapi ada twist sikit guna tepung superfine campur tepung gandum sebab tak cukup pulak tepung gandum time tu.
Resepi dari FB Masak Apa Hari Ni . Resepi asal cucur kembung gula melaka.
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kek
- 2 sudu besar gula ( guna brown sugar )
- 1/2 sudu teh garam
- 2 cawan air panas mendidih
* sedikit minyak untuk digunakan semasa proses membuat bebola nanti.
Cara-cara:
1. Campur semua bahan kecuali air panas. Gaul rata.
2. Masukkan pula air panas dan kacau hingga sebati.
3. Tunggu sejuk kejap dan bolehlah bulat2kan adunan itu.
4. Basahkan tangan dengan minyak sikit semasa bulat2kan. Buat hingga habis.
5. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng bebola hingga masak. Minyak jangan terlalu panas. Ini menyebabkan bebola terburai isi dalamnya.
#cucurviral
#cucurmanis
#cucurkembung
Resepi dari FB Masak Apa Hari Ni . Resepi asal cucur kembung gula melaka.
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar gula ( guna brown sugar )
* sedikit minyak untuk digunakan semasa proses membuat bebola nanti.
Ulasan
Catat Ulasan