Nasi Goreng Ikan Masin


Nasi Goreng Ikan Masin - Fried Rice with Salted Fish


Assalamualaikum. Selamat bercuti sekolah 🌹. Tak lama je lagi alam persekolah tahun 2018 akan bermula. Mesti mak-mak tengah bizi siapkan kelengkapan sekolah anak-anak kesayangan. Tahun depan anakanda kesayangan Zara nak memulakan alam pra-persekolahan. Demi anakanda tercinta, macam-macam dok bermain di fikiran si ibu ni. Mana nak belikan beg sekolahnya yang pertama. Kasut sekolah pertama dan anak tudung pertamanya. 

Excited kemain ibunya ni. Mengalahkan anak la pulak 😆. Semoga alam prasekolahan yang baru nanti dapat memberi seribu manfaat dan pembelajaran baru dalam hidupmu wahai anak. Ibu doakan anakanda dapat menjadi seorang hafizah yang berjaya dan berilmu untuk dunia dan akhirat kelak. Amin.



Nasi ikan masin ni sememangnya kegemaran kita. En. Husben kureng sikit sebab dia memang tak berapa nak makan ikan masin walaupun digoreng. Memandangkan stok ikan masin ada sikit lagi, kita pun cuba resepi baru yang menggunakan sawi. Sebelum ini kita pernah menggunakan sayur kailan dan nasi goreng kailan ikan masin yang tu lagi sedap dan crunchy. 




Resepi dari hanizahomerecipes.blogspot.my

Bahan-bahan:

- 2 cawan nasi sejuk
- Sepotong besar ikan tenggiri masin/atau ikan kurau masin (disiat-siat atau dihiris nipis-nipis) - guna ikan masin kecik yang tak berapa masin
- 1 pokok sayur sawi/kailan
- Sedikit minyak untuk menumis
- 2 sudu besar Kicap cair
- 3 sudu besar Sos tiram
- perisa (jika guna) - Pasti Sedap
- Garam 
- segenggam ikan bilis goreng 
- 2 biji telur

- 3 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawang putih *
- Cili api (ikut suka - tahap kepedasan masing-masing) *
* semua bahan ni ditumbuk

- Daun bawang/daun sup - dihiris halus (optional sebagai hiasan)
- Cili merah - dihiris halus (optional)
- Timun, salad dan tomato (optional)
- Bawang goreng (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi hingga garing dan wangi.

2. Masukkan ikan masin yang telah disiat-siat dan dihiris nipis tadi dan gaul rata. 
 
3. Boleh ditambah sedikit kicap cair atau sos tiram jika suka.

4. Masukkan garam secukup rasa (sikit sahaja kerana dah ada ikan masin & kalau ada guna kicap cair dan sos tiram) dan bahan perisa (kalau guna). Pecahkan telur dan masak telur menjadi 'set'. Gaul hingga sebati.

5. Kemudian bolehlah dimasukkan nasi tadi dan gaul sampai semuanya rata & sebati.

6. Akhir sekali bolehlah ditaruh sayur sawi atau kailan yang telah siap dipotong & dibersihkan tadi.

7. Siap. Hiaslah dengan timun yang telah dihiris nipis atau daun salad & tomato atau ditabur dengan daun bawang/daun sup dan cili merah yang telah dihiris halus.



#nasigorengikanmasin


Ulasan

Catatan Popular